EdyMart Afiliate

Nuffnag

Mulakan dengan...


Friday, October 9, 2009

Berdoalah...

Dipetik dari laman Kedai Buku.com

Allah menyatakan dalam al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 186,

“Apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenai aku, maka jawablah aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada ku. Kerana itu, hendaklah mereka memenuhi segala perintah ku dan beriman kepada ku, supaya mereka selalu berada dalam kebenaran.”
Ayat ini menjelaskan, pertama, jarak hubungan antara manusia dengan Allah adalah dekat. Oleh itu, Allah sentiasa mendengar doa setiap hambanya di dunia ini dan Allah berjanji menunaikan segala doa yang kita minta. Sebagai syarat doa kita diperkenankan, kita sebagai hambanya perlu melakukan segala perintah Allah dan menjauhi setiap larangannya. Kita juga perlu percaya sepenuhnya pada kekuasaan dan kasih sayang Pencipta iaitu Allah.

Nabi Zakaria menyatakan dengan tegas bahawa Tuhan tidak akan mensia-siakan doa setiap hambanya.

“Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya dengan berkata, ‘Ya Tuhanku, berilah aku dari sisimu seorang anak yang baik. Sesungguhnya engkau maha mendengar doa.’”
-Surah Ali Imran, ayat 38-

“Tuhan kamu berkata, ‘Berdoalah kepadaku, pasti akan ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembahku (berdoa) akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.’”
-Surah al Mukmin, ayat 60 -

Dalam ayat di atas, ada beberapa pengajaran.Pertama, Allah menyuruh kita supaya tidak berasa malu berdoa, memohon ampun dan pertolongan Allah. Allah mengajar kita cara memohon. Kedua, apabila berdoa, lakukan dengan sepenuh hati. Dengan menunjukkan kesungguhan dan kesedaran sebenarnya manusia ini sangat kecil di hadapan Allah. Kita perlu sedar bahawa tanpa pertolongan dan kemurahan Allah, kita tidak akan memiliki sesuatu pun di dunia ini. Tidak akan termakbul segala doa yang diucapkan oleh kita kerana hati kita jauh dari Tuhan. Manakala yang ketiga, sikap sombong diri tidak membawa faedah dan hanya menjerumuskan individu itu kepada lembah hina dan rasa menyesal.

Tuhan menyatakan dalam surah al-A’raf , ayat 55 hingga 56,

“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah memperbaikinya dan berdoalah kepadanya dengan rasa takut (tidak diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”

Dalam dua ayat itu, Allah memberi kita pengajaran iaitu cara berdoa yang baik dan menjadikan doa itu dimakbulkan. Antaranya, pertama, merendahkan diri di hadapan Allah. Kedua, berdoa dengan suara yang lembut dan menyebut perkataan yang jelas. Ketiga, tidak berdoa dengan cara yang melampau seperti meninggikan suara. Kita disuruh meminta kepada Allah dengan perkara yang baik dan bersesuaian dengan diri masing-masing, Keempat, semasa berdoa, hati dan perasaan perlu sepenuhnya berharap dan berasa bimbang. Meskipun adakalanya tidak berapa yakin, jangan sekali-kali berputus asa pada rahmat Allah. Kelima, atas rahmat Allah membolehkan doa seseorang itu dimakbulkan terutamanya mereka yang melakukan amalan yang baik. Amalan melakukan kebaikan itu bukan sekadar hanya untuk manusia tetapi juga berbuat baik kepada Allah dan makhluk ciptaan Allah yang hidup di dunia ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...